Thursday, 5 November 2020


 MEET MY BELOVED SIBLINGS (KENALI ADIK BERADIK SAYA 💖)

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera Semua..

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Cikgu Farah kerana telah memberi tugasan bagi mata pelajaran TMK Tahun 5 untuk membina blog sendiri. Mulanya saya rasa buntu juga memikirkan macam mana nak buat blog ni tapi dengan tunjuk ajar cikgu dan mama akhirnya berjaya juga. TERIMA KASIH 💓

Di 'entry' pertama ini, saya kenalkan saya dan adik beradik saya dahulu. Nama saya Muhammad Ammar Bin Norhalil dan dikenali dengan panggilan AMMAR oleh keluarga dan rakan-rakan. Saya berumur 11 tahun dan menuntut di Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1 (Darjah 5 Marikh).

Saya mempunyai 4 orang adik beradik semuanya. Saya merupakan anak sulung dalam keluarga kira 'Abang Kawasan' lah hehehe. Kedua adalah Muhammad Arasy Bin Norhalil atau panggilan mesranya Arasy. Arasy berumur 9 tahun dan bersekolah sama dengan saya di Darjah 3 Marikh. Ketiga adalah Nur Amna Arissa Binti Norhalil yang berumur 6 tahun bersekolah di Children of Islamic Centre (CIC) Seri Setapak. Boleh panggil dia Amna dan dia ni boleh tahan garang juga orangnya takutttt hahaha. Yang keempat Nur Aulia Medina Binti Norhalil berumur 3 tahun boleh panggil Aulia. Kira dialah yang paling manja dalam keluarga sekarang ni. Ada lagi adik sebenarnya tapi bulan Disember 2020 nanti keluar. Insyaallah Amin. 

Doakan hubungan bahagia kami adik beradik ini setiasa bahagia dan dipenuhi rahmat kasih sayang Allah SWT ibarat air dicincang tidak akan putus. Amin.

Jumpa lagi di Entry akan datang! 

Bye!


  MEET MY BELOVED SIBLINGS (KENALI ADIK BERADIK SAYA 💖) Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera Semua.. Pertama sekali saya ucapkan terim...